Mohd Ismail's FotoPage

By: Mohd Ismail Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Sunday, 10-May-2009 14:49 Email | Share | | Bookmark
Barberque yang kurang dirancang

 
 
 
View all 53 photos...


Friday, 8-May-2009 23:43 Email | Share | | Bookmark
Behind the scene - karipap

 
 
 
View all 4 photos...


Thursday, 7-May-2009 21:32 Email | Share | | Bookmark
Qatrunida & Fathihakimi

My superpower racing bike
I've a race next month
This is my test lap
View all 37 photos...


Sunday, 3-May-2009 13:12 Email | Share | | Bookmark
Minyak Telon dan Minyak Tapil

 
 
 
View all 4 photos...


Saturday, 25-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
London Visit 23April - 25April

Baru sampai di Sheffield Station
Fountain @ Sheffield Station
Fountain @ Sheffield Station
View all 100 photos...
Kami telah meluangkan 3 hari untuk menikmati suasana kehidupan di kota London. Perjalanan dari Sheffield Station ke St. Pancras International, London cuma mengambil masa tidak lebih dari 2 jam.

Kami keluar dari rumah kira-kira jam 9 pagi dan terus mengambil tram ke Sheffield Station. Sengaja mahu tiba di Sheffield Station lebih awal kerana tidak mahu ketinggalan train. Kami juga sempat bergaya mengambil gambar sebelum menaiki train.

Setibanya di St. Pancras, kami terus bergegas ke Bayswater Tube Station dari King Cross Tube Station menggunakan perkhidmatan Tube yang tidaklah secanggih RapidKL di Malaysia, tetapi kualiti perkhidmatan dan kecekapan sistem Tube ini jauh berganda lebih baik dari RapidKL. Setibanya di Bayswater Tube Station, kami berjalan kaki ke Malaysian Hall untuk menikmati makanan tengahari. Kantin di Malaysian Hall ini menyediakan pelbagai juadah dari sarapan pagi sehinggalah ke makan malam. Pengunjung dapat menikmati makanan pada harga yang tidaklah terlalu berpatutan. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan harganya hanya murah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan restoran-restoran lain yang menyediakan juadah selera Malaysia. Dinasihatkan, janganlah meletakkan harapan yang tinggi menggunung citarasa makanan disini dan sentiasa bertanya harga untuk setiap hidangan. Ini untuk mengelakkan timbul rasa kurang berpuas hati terhadap rasa makanan dan harga yang perlu dibayar. Nasihat kedua, bandingkan harga dengan restoran lain dan rancang hidangan.

Setelah makan, solat jamak dan membuang apa yang perlu di tandas, kami berjalan ke Kensington Garden. Kensington Garden adalah salah satu taman diraja Britain yang telah dibuka kepada orang awam. Angsa yang jinak bersidai di tepi tasik dan bunga tulip menjadi tumpuan pengunjung. Angsa di sini nampak sahaja seperti jinak, tetapi bila cuba disentuh, mereka mula memanjangkan leher cuba menggigit serta mengeluarkan bunyi yang nyaring.

Setelah puas bergambar di Kensington Garden, kami bergegas untuk ke South Kensington Tube Station. Dalam perjalanan, kami melalui Albert Hall Memorial dan sudah tentunya Royal Albert Hall. Royal Albert Hall!!!! Tempat dimana Sudirman dan Siti Nurhaliza pernah membuat persembahan mereka. Kami cuma melihat dari luar sahaja. Semasa menyusur di belakang Royal Albert Hall, kami berjalan bersebelahan dengan Royal College of Music. Agak besar dan nampak gah. Patutlah ramai seniman jalanan di London. Betul-betul bersebelahan dengan Royal College of Music adalah Imperial College of London. Inilah sebenarnya universiti yang menjadi idaman di hati. Tapi apakan daya, kurang berkelayakan untuk sambung pengajian di situ. Untuk makluman, Imperial College of London adalah salah satu universiti tertua di England. Kota London terbina dengan infrastuktur moden pada akhir kurun ke-19 adalah kerana hasil kajian dan penyelidikan di kolej ini.

Setibanya di South Kensington Tube Station, kami menaiki tube ke Hyde Park Corner Tube Station untuk ke Buckingham Palace dan St. James's Park. St. James's Park ini juga sebenarnya adalah taman diRaja Britain yang telah dibuka untuk orang awam. Namun, oleh sebab kesuntukan waktu, kami tidak dapat meluangkan masa di St. James's Park. Kami cuma sempat bergambar di hadapan Buckingham Palace sahaja. Selepas berehat kira-kira 15 minit, kami terus ke St. James's Park Tube Station untuk ke Uxbridge dan seterusnya berehat.

.... bersambung....


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net